Yang saya tahu tentang HARI MALAYSIA ialah tarikhnya iaitu 16 Sptember 1963.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk
memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun
1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan
Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada r1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hai Kemerdekaan ke-6. Beberapa isu
berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia
memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan
Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari
keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan
Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti
am di semua negeri di Malaysia.
Comments
Post a Comment